Thursday, April 26, 2012

Korpus Berkomputer Dalam Bahasa


Menurut  J. McH. Sinclair (1996) korpus berkomputer boleh ditakrifkan sebagai  korpus yang diberi penanda, kod dan diformatkan secara piawai  serta dapat dicapai dan diproses dengan komputer. Kamus Linguistik (1997), menjelaskan korpus merupakan data mentah linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks bertulis, dan dianalisis untuk membuat penyataan saintifik tentangciri fonologi, tatabahasa atau leksikal sesuatu bahasa.  

Data korpus berkomputer telah digunakan secara meluas di Barat terutama dalam bidang pedagogi bahasa (Teaching Collocation), leksikografi dan kajian linguistik.  Di Malaysia, korpus berkomputer turut digunakan dalam bidang perkamusan terutamanya oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam kajian linguistik pula, korpus berkomputer telah digunakan dalam kajian Zaharani Ahmad dan Mohd Ra’in Shaari (2004), Imran Ho Abdullah (2004) dan Mohd Ra’in Shaari (2004). Korpus berkomputer sebagai bahan bantu pengajaran bahasa terutama bagi aspek morfologi dan sintaksis, boleh dianggap sebagai perkara baru. 

Satu persoalan yang timbul ialah bagaimanakah seseorang guru itu boleh membina atau memperoleh data korpus berkomputer bagi tujuan pengajaran bahasa? Secara mudahnya, korpus berkomputer boleh diperoleh di Pangkalan Data Korpus, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur (contoh korpus DBP sila lihat lampiran 1). Buat masa ini, pengguna perlu pergi sendiri ke DBP untuk mengambil data tersebut. Pangkalan data ini akan disediakan dengan kemudahan capaian melalui Internet dan World Wide Web supaya lebih ramai penyelidik atau pengguna di dalam dan di luar negara dapat memanfaatkannya (Rusli Abdul Ghani 2004).  

 Selain memperoleh data korpus berkomputer di DBP, seseorang guru juga boleh membina data korpus sendiri. Caranya ialah dengan memuat turun perisian penjana korpus (Concordance) di laman http://www.concordancesoftware.co.uk/ (contoh lihat lampiran 2). Dengan adanya perisian ini, seseorang  guru boleh menjana sendiri korpus berkomputer dengan memilih apa juga jenis teks berbentuk digital seperti surat khabar atau majalah yang boleh diperoleh di laman http://www.utusan.com.my,  http://www.bharian.com.my,  http://www.dbp.gov.my dan sebagainya. 

Tuesday, April 24, 2012

Lagu Melayu Asli


Lirik Tari Tualang Tiga – Sanisah Huri

Menyusun tari ala tari
Sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang
Gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi
Seni sejati
Pusaka asli ala asli
Hai ibu pertiwi
Melenggang gaya ala gaya
Gerak wanita
Dengan tari ala sayang
Tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi
Seni budaya
Dikenang bangsa ala bangsa
Oh sepanjang masa
Langkah serentak ala sajak
Sama bergerak
Sigak gaya ala sayang
Pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan
Tanda berani
Tiada gentar ala sayang
Hai membela diri
Menjunjung tinggi amboi tinggi
Seni budaya

SEJARAH BAHASA MELAYU


SEJARAH BAHASA MELAYU.(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1]Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , FilipinaKembojaVietnamSri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarinbahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[kutipan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United KingdomAmerika SyarikatAustraliaBelandaChina,JermanNew Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

5 Minit Set Induksi


Thursday, April 5, 2012

GURINDAM, PANTUN DAN SELOKA



Gurindam adalah satu bentuk Puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawapannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.

Contoh-contoh Gurindam:
Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.
Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.
Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.
Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.

PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Berikut dipaparkan contoh-contoh pantun empat rangkap yang meliputi tema kasih sayang, adat dan nasihat.

Contoh-contoh Pantun:
Sirih junjung sirih pinangSirih kami susun bertingkatAdat dijunjung pusaka dikenangBangsa berbudi hidup muafakat
Sirih junjung sirih pinangSirih kuning diberi namaAdat dijunjung pusaka dikenangHidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih daraSirih tanya berserta cincinHidup beradat aman sejahteraBudaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi namaSirih tanya berserta cincinHidup berunding muafakat bersamaBangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusun Singgah sejenak di pinggir kotaKami bawa sirih tersusun Sudilah sepiak pembuka kata

Seloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik, berisikan pepetah maupun perumpamaan yang mengandung senda gurau, sindiran bahkan ejekan. Biasanya ditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair, terkadang dapat juga ditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris. Kata "seloka" diambil dari bahasa Sansekerta, sloka

Contoh-contoh Seloka:
Sudah bertemu kasih sayang
Duduk terkurung malam siang
Hingga setapak tiada renggang
Tulang sendi habis berguncang